Laman Utama Info Korporat Pendidikan Pengurusan Berita Galeri Hubungi Kami

 

Biasiswa - Maklumat Am


 

 

 

Biasiswa Yayasan Selangor telah mula dikeluarkan pada tahun 1971 bagi memberi bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar miskin luar bandar yang berpotensi di bidang akademik dan telah terpilih menyertai program Rancangan Khas Pendidikan di asrama-asrama Yayasan Selangor.
Kini terdapat 3 jenis Biasiswa diberikan kepada pelajar di asrama Yayasan Selangor iaitu Biasiswa Kecil, Biasiswa Khas dan Dermasiswa.
 

Yayasan Selangor memaklumakan pelajar dibawah Rancangan Khas Pendidikan untuk memohon Biasiswa Kecil/Khas dan Dermasiswa tahun 2010

 
  • Pemohon/Ibu/Bapa lahir di Negeri Selangor .
  • Pemohon mestilah pelajar Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor dan sedang belajar di tingkatan satu hingga lima di Asrama Yayasan Selangor.
 

1. Kelayakan Pemohon (BIASISWA KECIL/KHAS)

1.1 Pelajar mestilah dibawah Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor yang tinggal di Asrama Pusat dan Daerah Yayasan Selangor.

1.2 Mencapai keputusan akademik dengan markah tidak kurang 60% dalam peperiksaan pertengahan dan akhir tahun.

1.3 Pelajar tidak mendapat sebarang bantuan dari mana-mana badan.

1.4 Pendapatan keluarga maksima RM2,000.00 ke bawah (mengikut keadaan semasa)

2. Kelayakan Pemohon (DERMASISSWA)

2.1 Pelajar Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor.

2.2 Pelajar cemerlang dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 8A.

3. CARA MEMOHON

Borang boleh didapati di Asrama Pusat dan Sekolah Daerah Tajaan Yayasan Selangor.

 

 

 

 

 

 

 
 

Pautan



Muat Turun



Anda Pelawat Yang Ke




Sebarang Pertanyaan boleh hubungi kami di : Menara Yayasan Selangor, No 18A, Jalan Persiaran Barat 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 603 - 7955 1212
Fax : 603 - 7954 1790
Email : info@yayasanselangor.org.my

Tarikh Dikemaskini: 15-12-2010
Salinan Hak Cipta © Yayasan Selangor 2007. Semua Hak Cipta Terpelihara