Berita Terkini

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi kami di :
Menara Yayasan Selangor,
No 18A, Jalan Persiaran Barat
46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 603 - 7955 1212   
Fax : 603 - 7954 1790  
Email :
info@yayasanselangor.org.my  
Anda Pengunjung yang ke:

c-o-u-n-t

 

 

 

TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN
YAYASAN SELANGOR
(SESI JULAI 2010)

Yayasan Selangor adalah dengan ini menjemput pelajar-pelajar untuk memohon Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor bagi Sesi Julai 2010 dengan syarat dan kaedah berikut :

Kelayakan asas pemohon :

  • Pemohon dan ibubapa adalah warganegara Malaysia , dan
  • Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974, atau pemastautin yang kini telah menetap di Negeri Selangor lebih 10 tahun, dan
  • Pemohon telah mendapat tawaran atau sedang belajar secara SEPENUH MASA di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam / Universiti Industri Selangor / INPENS International College / Institut Kemahiran Yayasan Selangor / Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor di peringkat Ijazah Pertama atau Diploma atau Sijil, dan
  • Pemohon tidak menerima sebarang Biasiswa/Dermasiswa/Pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan dari mana-mana organisasi dalam atau luar negara

 

Cara memohon :

  • Pemohon perlu mengisi borang permohonan dan melampirkan dokumen yang diperlukan selengkapnya serta menghantarnya ke alamat Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor (seperti yang tertera di bawah) sebelum tarikh tutup permohonan iaitu pada 1 Julai 2010.
  • Borang boleh diperolehi di kaunter Bahagian Pembiayaan Yayasan Selangor atau melalui muat turun di laman web www.yayasanselangor.org.my mulai 1 Jun 2010.


Sebarang pertanyaan, pengambilan dan penyerahan borang sila kemukakan ke alamat berikut:-

Pengurus Besar
Yayasan Selangor
Tkt 18, Menara Yayasan Selangor
No.18A, Persiaran Barat
46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
(U.P. Bahagian Pembiayaan Pendidikan)

Telefon: 03 79551212/79541087/79541121 samb. 153,145.158,141,178
Faksimili: 03-79541790
Emel : pinjaman@yselangor.com