Berita Terkini

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi kami di :
Menara Yayasan Selangor,
No 18A, Jalan Persiaran Barat
46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 603 - 7955 1212   
Fax : 603 - 7954 1790  
Email :
info@yayasanselangor.org.my  
Anda Pengunjung yang ke:

c-o-u-n-t

 

1. PENUBUHAN

Yayasan Selangor telah ditubuhkan pada 5 November, 1970 dengan tujuan utama untuk memberi peluang peluang-peluang dan kemudahan pelajaran, biasiswa dan latihan untuk warga Malaysia khususya rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan.

Menyedari hakikat kelemahan dan kekurangan pelajar bumiputra dalam bidang Sains dan Matematik , maka Yayasan Selangor diamanahkan untuk memainkan peranan memberikan peluang kepada anak-anak bumiputra dari luar bandar untuk mendapatkan kemudahan pelajaran yang terbaik . Dari tahun ke tahun, Yayasan Selangor memperluas dan menambahbaik program-program pendidikan selaras dengan objektif penubuhan dan perkembangan semasa.

2.  PROGRAM PENGAMBILAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN SATU RANCANGAN KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN DAN YAYASAN SELANGOR

Rancangan Khas Kementerian Pelajaran Dan Yayasan Selangor adalah program bersama antara Kementerian Pelajaran dan Yayasan Selangor bagi tujuan pengambilan dan penempatan pelajar-pelajar tingkatan satu ke sekolah-sekolah terkemuka di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Selangor Darul Ehsan serta tinggal di Asrama-asrama Yayasan Selangor.

Pelajar-pelajar yang dipilih dalam program ini adalah mereka yang bersekolah di Negeri Selangor dengan keutamaan kepada pelajar yang datang dari kawasan luar bandar dan memperolehi keputusan yang baik (5A,dan 4A,1B ) dalam peperiksaan UPSR .

Program ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar miskin tetapi berpotensi cemerlang dalam pelajaran dengan memberikan kemudahan-kemudahan pelajaran kepada mereka. Pelajar pelajar ini diberikan bimbingan akademik seperti kelas tuisyen, latih-tubi dan seminar peperiksaan yang dibimbing oleh guru-guru pakar.

Pada masa ini Yayasan Selangor menaja seramai 1,560 pelajar –pelajar yang ditempatkan di Asrama – Asrama Pusat ( 923 orang ) dan Asrama-Asrama Daerah (637 orang) .

2.1  ASRAMA-ASRAMA PUSAT

Pelajar-pelajar yang terpilih ditempatkan di beberapa buah sekolah-sekolah yang ternama di bandar-bandar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Klang dan Sabak Bernam, dimana terletaknya asrama-asrama Yayasan Selangor iaitu:

•  Asrama Tun Doktor Ismail,Kg Pandan K.Lumpur

•  Asrama Toh Puan Norashikin, Kg. Pandan K. Lumpur

•  Asrama Yayasan Selangor Klang

•  Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam.

Sekolah-sekolah yang terpilih bagi menempatkan pelajar-pelajar Yayasan Selangor adalah:

Kuala Lumpur - SMK Victoria (L)

SMK St. John (L)

SMK (L) Methodist

SMK Aminuddin Baki (L&P)

SMK Jalan Cochrane (L&P)

SMK Convent Bukit Nanas(P)

SMK Seri Bintang Utara (P)

Petaling Jaya - SMK (L) La Salle

SMK (L) Bukit Bintang

SMK Men. Sri Aman (P)

SMK Men Assunta (P)

Klang - SMK Men Methodist (L)

SMK La Salle (L)

SMK Tinggi Klang (L)

SMK Methodist (P)

SMK Convent (P)

SMK Tengku Ampuan Rahimah

Sabak Bernam - SMK Ungku Aziz (L)

SMK Tunku Abdul Rahman Putra (L)

2.2 ASRAMA- ASRAMA DAERAH

Pelajar-pelajar yang terpilih akan ditempatkan di sekolah- sekolah di bawah Jabatan Pelajaran Selangor , yang baik prestasinya , di daerah-daerah dan mereka tinggal di Asrama sekolah-sekolah berkenaan. Pelajar-pelajar ini akan diberi bantuan (Biasiswa) dan diperuntukkan lain lain program sepertimana yang diberikan kepada Asrama Pusat seperti Kelas bimbingan dan seminar-seminar peperiksaan.sekolah-sekolah yang terlibat adalah:

•  SMK Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor

•  SMK Damansara Utama , Petaling

•  SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Hulu Langat

•  SMK Tinggi Kajang, Hulu Langat

•  SMK Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat

•  SMK Telok Datok , Kuala Langat

•  SMK Dato' Harun, Kuala Selangor

•  SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam

•  SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam 

Bagi Sekolah-Sekolah Menengah Aliran Agama, Yayasan juga menaja pelajar-pelajar terpilih dalam Program Asrama Daerah.Pemilihan masuk ke sekolah-sekolah menengah agama adalah melalui Jabatan Agama Islam Selangor sebelum pemilihan untuk tajaan dibuat oleh Yayasan Selangor.

•  SAMT Sultan Salahuddin A. Aziz Shah,Batu, Sabak Bernam.

•  SAMT Hishamuddin, Jalan Kota Raja, Klang

•  SAMT Tengku Ampuan Jamaah, Shah Alam

•  SAMT Bandar Baru Salak Tinggi

•  SAM Bestari Subang Jaya

•  SAM Jalan Tepi Sg. Bertik Klang

Program Asrama Daerah ini adalah sumbangan Yayasan Selangor kepada peningkatan dan kecemerlangan prestasi akademik pelajar-pelajar di sekolah sekolah di Negeri Selangor .

3. PENGURUSAN SISTEM KUALITI MS ISO 9001:2008 - Pemantauan Prestasi Pelajar

Proses pengambilan pelajar ke Program Rancangan Khas ini mendapat pengiktirafan dari pihak SIRIM yang menganugerahkan sijil MS ISO 9001:2008. Yayasan Selangor mensasarkan pencapaian pelajar 80% mendapat 5A ke atas dalam peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan 60% 5A dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi semua Asrama-Asrama di bawah pengurusan / tajaannya. Proses Pemantauan Pelajar di asrama juga dijadikan prosedur tambahan dalam MS ISO 9001:2008 dalam masa terdekat.

4. PENGAMBILAN PELAJAR RANCANGAN KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN DAN YAYASAN SELANGOR KE TINGKATAN I TAHUN 2010

Bagi pengambilan tahun 2010, seramai 525 Pelajar(Sekolah Kebangsaan) dan 60 Pelajar(Sekolah Menengah Agama) akan dipilih ke Tingkatan 1 dan ditempatkan disekolah dan Asrama Asrama di atas.

Permohonan dibuka mulai tarikh pengumumam keputusan UPSR sehingga tarikh tutup, 30 November, 2009.

5. PERMOHONAN

i) Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Permohonan (Borang PKA 1) yang boleh dimuat turun dari laman web Yayasan Selangor( www.yayasanselangor.org.my ). atau dari tempat-tempat berikut:

• Ibupejabat Yayasan Selangor, Bahagian Pembangunan Pendidikan Tingkat 17,
Menara Yayasan Selangor,18A, Persiaran Barat, Petaling Jaya, Selangor.

• Asrama Tun Doktor Ismail, Jalan Temenggong, Off Jalan Cochrane, K.L

• Asrama Toh Puan Norashikin Jalan Temenggong,Off Jln Cochrane,K.L.

• Asrama Yayasan Selangor Klang Jalan Raya Barat, Klang, Selangor

• Asrama yayasan Selangor Sabak Bernam Jalan Raja Chulan , Sabak Bernam.

• Kem Bina Semangat Yayasan Selangor Ampang Pecah, Kuala Bubu Bharu, Selangor

• Pejabat (Pengurusan Bangunan)Yayasan Selangor Tingkat 12, Bangunan Yayasan Selangor Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur .

• Pejabat(Pengurusan Bangunan)Yayasan Selangor Tingkat 9, Bangunan Yayasan Selangor Kampung Baru, Kuala Lumpur .

ii) Borang –Borang Permohonan yang lengkap hendaklah sampai ke Pejabat Yayasan Selangor, Bahagian Pembangunan Pendidikan , Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, tidak lewat dari 30 November, 2009.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada:

Bahagian Pembangunan Pendidikan,
Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor,

18A Persiaran Barat, Petaling Jaya.

Tel: 03-79551212/03-79541121