KEM BINA SEMANGAT

Kem Bina Semangat,Ampang Pecah,Kuala Kubu Bharu telah diserahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada Yayasan Selangor pada 08hb Mei 1992. Terletak tidak jauh dari Lembah Klang,hanya 65km dari Kuala Lumpur dan terhindar dari kesibukan kota. Di kelilingi oleh bukit bukau yang menghijau dan juga Sungai Selangor, suasananya aman damai dan udaranya segar, amat sesuai untuk aktiviti outdoors.

Matlamat penubuhan Kem Bina Semangat adalah untuk melahirkan seberapa ramai yang mungkin masyarakat yang kuat dari segi rohani, jasmani dan emosi dalam mencapai Wawasan 2020. Pembangunan manusia atau Insan harus diseimbangkan dengan perkembangan dan pembangunan sesebuah Negeri, mahupun sesebuah Negara. Mempertingkatkan kepintaran penggunaan ilmu pengetahuan untuk diri, keluarga dan masyarakat. Mempertingkatkan kefahaman agama untuk diaplikasikan sebagai alat untuk menangani tekanan di dalam kehidupan harian yang penuh dengan cabaran.

Kawasan Kem Bina Semangat Yayasan Selangor adalah seluas 31 ekar termasuk Kem Program Latihan Khidmat Negara.
 

Salinan Hak Cipta@Yayasan Selangor 2012. Semua Hak Cipta Terpelihara