PROFIL KORPORAT

“Yayasan Selangor telah diperbadanankan di bawah Akta Syarikat 1965 Syarikat Berhad Menurut Jaminan (Company Limited By Guarantee). Ditubuhkan pada 5 November 1970 tanpa modal saham, Yayasan Selangor merupakan sebuah agensi Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam bidang pembangunan pendidikan Negeri Selangor.

Sehingga kini Yayasan Selangor masih mengekalkan tradisi sebagai agensi Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab memberi peluang pendidikan kepada semua lapisan masyarakat dan sentiasa bergerak maju ke arah memartabatkan pendidikan negeri Selangor.


VISI

“Menyediakan Prasarana Pendidikan Yang Efektif Dalam Membentuk Generasi Insan Kamil"

 

MISI



"Menjana Dana, Mengenal Pasti Kumpulan Sasar, Membiayai Pendidikan Untuk Semua"

 

MOTTO

"Merakyatkan Pendidikan Selangor"


 

FALSAFAH KORPORAT

Sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri Selangor yang dinamik dan bertanggungjawab khususnya dalam bidang pendidikan, Yayasan Selangor sentiasa berusaha untuk terus maju dan memakmurkan Negeri Selangor menerusi pembangunan program pendidikan sepanjang hayat serta kegiatan yang memberi faedah kepada semua lapisan masyarakat khususnya di Negeri Selangor dan Negara amnya, di samping menyumbang ke arah pembentukan masyarakat yang mempunyai keseimbangan aspek fizikal dan rohani.

Sebagai memenuhi tanggungjawab sosial, falsafah korporat Yayasan Selangor bermottokan
“MERAKYATKAN PENDIDIKAN SELANGOR”.

 

Salinan Hak Cipta@Yayasan Selangor 2012. Semua Hak Cipta Terpelihara