Statistik Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday399
mod_vvisit_counterYesterday938
mod_vvisit_counterThis week3541
mod_vvisit_counterLast week5433
mod_vvisit_counterThis month18070
mod_vvisit_counterLast month29829
mod_vvisit_counterAll days925369

We have: 16 guests online
Your IP: 54.81.112.187
 , 
Today: Oct 24, 2014
SEJARAH AWAL PENUBUHAN

Ibupejabat Yayasan Selangor dari tahun 1970 - 1978 dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor

Nama Asrama Yayasan Selangor yang terulung diwujudkan pada tahun 1971 adalah diambil sempena nama seorang anak jati Selangor dari Pasir Penambang, Kuala Selangor iaitu Dr. Abdul Latiff bin Abdul Razak. Menjadikan kejayaan Dr. Abdul Latiff sebagai anak Kampung yang telah berjaya dalam bidang akademik dan kerjaya, Yayasan Selangor meletakkan harapan agar anak-anak Negeri Selangor diberi peluang belajar di sekolah Bandar dan ditempatkan di Asrama Doktor Latiff sebagai idola untuk berusaha dengan gigih dan tekun bagi mencapai kejayaan. 

Pentadbiran awal Asrama Dr. Latiff telah diterajui oleh Penguasa Asrama yang pertama iaitu Encik Samad bin Kahar yang telah berkhidmat dari tahun 1971 hingga 1976. Di asrama ini, kemudahan-kemudahan asas untuk proses pembelajaran disediakan seperti makanan, bilik, katil, kelas, meja belajar dan pengangkutan ke sekolah. Pada peringkat awal iaitu pada 1 januari 1971, kumpulan pertama pelajar yang diambil adalah dari kalangan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan darjah lima. Walau bagaimanapun , peluang telah dibuka kepada pelajar-pelajar miskin yang hanya mendapat 1A, memandangkan pada ketika itu pelajar-pelajar melayu di luar Bandar yang mencapai keputusan cemerlang amat kurang. 

Pelajar-pelajar ini telah dihantar ke Sek. Men. Victoria Institution dan Sek. Men. St. John di KL. Selain sentuhan didikan Cikgu Samad, pelajar2 juga pernah mendapat bimbingan di bawah pemantauan pegawai2 Yayasan Selangor seperti Mejar Zainal, Ibu Halimah, Cikgu Ghani, Cikgu Rosli dan Ustaz Saifuddin . Salah seorang tokoh politik dan pemimpin yang pernah menabur jasa sebagai tutor/guru kepada pelajar-pelajar di asrama ini adalah YAB Dato’ Seri Utama Dr RAis bin Yatim. Pada sekitar tahun 1995, Asrama Dr Latiff yang menjadi kebanggaan YS, hanya tinggal nama sebagai kenangan. Dalam tahun tersebut, bangunan ini telah dirobohkan bagi membangunkan projek lebuhraya dan juga disebabkan oleh kedudukan asrama yang tidak lagi bersesuaian dengan persekitaran di kawasan tersebut. Walau Asrama Doktor Latiff hanya meninggalkan nama tetapi jasanya begitu tinggi dalam menghasilkan anak2 Negeri Selangor yang berjaya dengan cemerlang sebagai ahli cendekiawan, tokoh akademik, ahli perniagaan, ketua jabatan, pensyarah, guru dan sebagainya.

 

Salinan Hak Cipta@Yayasan Selangor 2012. Semua Hak Cipta Terpelihara