JAWATAN KOSONG

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada warga kerja dan warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Yayasan Selangor seperti berikut:

BIL JAWATAN BAHAGIAN/
UNIT
GRED
GAJI
TARAF
JAWATAN
KEKOSONGAN SYARAT
MINIMA
1 Pembantu
Pejabat
Pentadbiran N11 Kontrak 1 Pentaksiran Tingkatan Tiga/
Penilaian Menengah Rendah

CARA MEMOHON

  1. Borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman web Yayasan Selangor; http://www.yayasanselangor.org.my
    Tarikh buka               :         15 Mei 2019 (Rabu)
    Tarikh tutup              :         24 Mei 2019 (Jumaat)
  2. Pemohon hendaklah menghantar ‘resume’ beserta Borang Permohonan Jawatan ke Unit Sumber Manusia. Pemohon yang masih berkhidmat di Yayasan Selangor hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Bahagian/Unit dan disertakan dengan sesalinan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan.

PERMOHONAN

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat:

YAYASAN SELANGOR
TINGKAT 18, MENARA YAYASAN SELANGOR,
18A, PERSIARAN BARAT,
46000 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
(U.P: UNIT SUMBER MANUSIA)

Semua permohonan hendaklah sampai tidak lewat dari tarikh tutup iklan pada hari Jumaat, 24 Mei 2019, jam 4.00 petang. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Calon yang tidak menerima jawapan setelah 3 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

(DESKRIPSI TUGAS)

JAWATAN                 :           PEMBANTU PEJABAT
BAHAGIAN /UNIT    :           PENTADBIRAN
TARAF JAWATAN    :           KONTRAK
GRED GAJI                :           N11
KEKOSONGAN         :           (1)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN        :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  3. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  4. Memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.
  5. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

BERTANGGUNGJAWAB KEPADA :      

  1. Pengurus Bahagian
  2. Eksekutif Kanan
  3. Eksekutif

BIDANG TUGAS :

UMUM : Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran surat/dokumen/bil serta pemanduan kenderaan.

TUGAS-TUGAS

  1. Mengumpul dan merekod surat keluar/masuk.
  2. Memastikan mesin franking berada dalam keadaan baik dan sentiasa mempunyai baki nilai yang mencukupi.
  3. Melaksanakan permohonan franking mnegikut jadual.
  4. Melakukan urusan pembayaran bil-bil organisasi.
  5. Membantu kerja-kerja pengkeranian & pejabat jika perlu.
  6. Membantu tugas-tugas mengemaskini fail.
  7. Membantu menyusun perlatan untuk kegunaan sewaan dewan tingkat 9 & 16.

Menerima arahan dari ketua bahagian/unit dari masa ke semasa.

2019-05-15T09:44:04+00:00
Do NOT follow this link or you will be banned from the site!