JAWATAN KOSONG

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada warga kerja atau ahli keluarga terdekat dan warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Yayasan Selangor seperti berikut:

BIL JAWATAN BAHAGIAN/UNIT GRED GAJI TARAF JAWATAN KEKOSONGAN SYARAT MINIMA BIDANG TUGAS
1 Eksekutif Undang-undang  N41 Kontrak 1 Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang – undang

CARA MEMOHON

a) Borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman web Yayasan Selangor :

b) Tarikh Iklan dibuka :11 Februari 2019 (Isnin)
Tarikh tutup            :      19 Februari 2019 (Selasa)

c) Pemohon hendaklah menghantar ‘resume’ beserta Borang Permohonan Jawatan ke Unit Sumber Manusia. Pemohon yang masih berkhidmat bersama Yayasan Selangor hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Bahagian/ Unit dan disertakan dengan sesalinan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan.

PERMOHONAN

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah. Sila tuliskan Nama Jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat:

YAYASAN SELANGOR
TINGKAT 18, MENARA YAYASAN SELANGOR,
18A, PERSIARAN BARAT,
46000 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
(U.P: UNIT SUMBER MANUSIA )

Semua permohonan hendaklah sampai tidak lewat dari tarikh tutup iklan pada hari Selasa, 19 Februari 2019, jam 4.00 petang. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Calon yang tidak menerima jawapan setelah 3 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

By | 2019-02-12T03:43:52+00:00 February 12th, 2019|Berita Terkini|0 Comments
Do NOT follow this link or you will be banned from the site!