MAKLUMAT BARU PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR
"Dimaklumkan bahawa mulai Januari 2012, Yayasan Selangor tiada lagi mengeluarkan pinjaman pelajaran kepada pelajar-pelajar IPTA / IPTS di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah kecuali Sijil Kemahiran. Sehubungi itu, pelajar yang ingin memohon pinjaman pelajaran di peringkat tersebut hendaklah memohon kepada Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) di bawah seliaan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK). Sebarang kemusykilan berhubung TKWBNS boleh menghubungi talian terus SUK di 03-5544 7000, - Bahagian Pinjaman."
|











