Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor - Kriteria Kemasukkan
DASAR RANCANGAN KHAS PENDIDIKAN YAYASAN SELANGOR BAGI TINGKATAN SATU
1. Pemohon hendaklah seorang rakyat Malaysia.
2. Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor Atau; Pemohon lahir di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 Atau; Pemohon lahir di Negeri Selangor dan Ibu bapa pemasatutin tetap lebih 10 tahun di Negeri Selangor.
3. Pemohon bersekolah dalam Negeri Selangor dan keutamaan dari Luar Bandar
4. Pemohon mendapat 5A atau sekurang-kurangnya 4A 1B dalam UPSR terbaru
5. Pemohon sihat fizikal, metal dan emosi dengan mendapat pengesahan doktor. Pemohon tidak cacat fizikal yang menyukarkan ia bergerak atau berjalan seperti turun bas, bersukan dan sebagainya.
DASAR RANCANGAN KHAS PENDIDIKAN YAYASAN SELANGOR BAGI TINGKATAN EMPAT
1. Pemohon hendaklah seorang rakyat Malaysia.
2. Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor Atau; Pemohon lahir di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 Atau; Pemohon lahir di Negeri Selangor dan Ibu bapa pemasatutin tetap lebih 10 tahun di Negeri Selangor.
3. Pemohon bersekolah dalam Negeri Selangor dan keutamaan dari Luar Bandar
4. Pemohon mendapat 7A ke atas dalam PMR terbaru dan keutamaan kepada:
- Pemohon dari Asrama Daerah Yayasan Selangor
- Pemohon dari Sekolah di bawah Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor
- Pemohon yang mempunyai subjek yang sama.
5. Pemohon sihat fizikal, metal dan emosi dengan mendapat pengesahan doktor. Pemohon tidak cacat fizikal yang menyukarkan ia bergerak atau berjalan seperti turun bas, bersukan dan sebagainya.
DASAR MENGEKALKAN PELAJAR DALAM RANCANGAN KHAS PENDIDIKAN YAYASAN SELANGOR
1. Menetapkan kelulusan kepada pelajar-pelajar untuk kekal di bawah tajaan Yayasan Selangor adalah seperti berikut:
- Kelulusan mimina adalah 60% bagi pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4 bagi keputusan peperiksaan akhir tahun.
- Kelulusan bagi pelajar yang menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) adalah 5A ke atas dengan keutamaan subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains mendapat gred A.
- Peperiksaan yang diambil kira adalah peperikasaan Akhir tahun sahaja sementara Ujian Pertengahan Tahun adalah peringatan kepada pelajar-pelajar.
2. Pelajar-pelajar yang didapati melanggar peratusan sekolah terutama digantung dan dibuang sekolah secara automatik akan terkeluar daripada tajaan Yayasan Selangor











