TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH BAGI SESI 1 2019

 

Yayasan Selangor membuka​​ Tawaran​​ Pinjaman Pelajaran​​ kepada​​ ​​ pelajar-pelajar​​ yang mengikuti program peringkat Diploma dan Ijazah di Institusi Pengajian Tinggi Awam​​ (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)​​ :-

 

 

Kelayakan pemohon:

 

  • Pemohon​​ / Ibu / Bapa lahir di Selangor atau​​ telah bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 10 tahun.

 

  • Tidak menerima sebarang Pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan dari​​ mana-mana organisasi dalam atau Luar Negara.​​ 

 

  • Pengajian​​ SEPENUH MASA​​ sahaja.

 

 

Cara memohon:

 

  • Borang Permohonan​​ Pinjaman​​ Pelajaran​​ Yayasan Selangor boleh diperolehi​​ melalui​​ laman​​ web rasmi Yayasan Selangor​​ :-​​ 

  •  

 

(http//www.yayasanselangor.org.my)

 

 

  • Borang permohonan​​ hendaklah diisi dengan lengkap mengikut panduan yang telah disediakan. Kegagalan pemohon melengkapkan butir-butir yang dikehendaki tidak akan diterima.

 

  • Pengesahan taraf bermastautin hendaklah disahkan daripada pihak – pihak yang berkaitan di ruangan yang telah disediakan.

 

  • Borang yang telah lengkap diisi dan dilampirkan dengan salinan dokumen yang​​ diperlukan hendaklah di hantar ke Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor​​ sebelum​​ 31 MAC 2019.

 

  • Sebarang​​ pertanyaan, pengambilan dan penyerahan borang​​ adalah seperti​​ di alamat  ​​​​ berikut​​ :​​ -

 

 

 

 

Bahagian​​ Pembiayaan Pendidikan

Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor

No.18A, Persiaran Barat

46000 Petaling Jaya

Selangor Darul Ehsan

 

Tel: 03-76691​​ 237/188/243

Faks: 03-7954 1862 ​​​​ 

 

BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN boleh di muat turun di sini :

DOWNLOAD
By | 2019-03-01T02:29:44+00:00 March 1st, 2019|Berita Terkini|0 Comments
Do NOT follow this link or you will be banned from the site!