PINJAMAN PELAJARAN 2022-06-02T12:27:30+08:00

TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR

Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan secara SEPENUH MASA.

SYARAT- SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN KETERANGAN
KELAHIRAN
  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  • Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau lahir di Wilayah Persekutuan sebelum 01 Februari 1974 atau telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada  ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung.
  • Pemohon daripada keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita ( pendapatan ibu-bapa bahagi jumlah tanggungan ) kurang RM 3,000.00 Sebulan.
  • Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia.
PERINGKAT PENGAJIAN
  • Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja.
  • Pengajian secara jarak jauh (PJJ) / luar kampus (PLK) / A Level / O Level / sijil – sijil profesional / seluruh negara adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
PENAJAAN
  • Hanya pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN daripada lain-lain penaja atau bantuan  kewangan dari mana-mana organisasi dalam atau Luar Negara layak memohon.
  • Pelajar  yang telah mendapat tajaan (pinjaman/biasiswa) contohnya PTPTN, JPA, MARA dan sebagainya TIDAK LAYAK MEMOHON.
  • Pelajar yang telah / pernah menerima pinjaman daripada mana-mana badan tajaan didalam pengajian Pensijilan atau Diploma, tidak layak untuk memohon. Sekiranya pernah menerima pinjaman pelajaran, surat selesai bayaran pinjaman hendaklah disertakan bersama borang permohonan.

TAWARAN PERINGKAT PENGAJIAN

Tawaran ini adalah terbuka bagi pengajian peringkat Ijazah / Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan SEPENUH MASA yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

PROSEDUR PERMOHONAN

Pemohon perlu mengisi borang permohonan pinjaman Yayasan Selangor dengan melayari laman web rasmi Yayasan Selangor apabila iklan tawaran dibuka.

  • Permohonan yang berjaya sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga
  • Pemohon yang berjaya di dalam sesi temuduga sahaja akan ditawarkan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor

Sebarang pertanyaan lanjut/surat menyurat, alamat ke:-

BAHAGIAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN
YAYASAN SELANGOR
TINGKAT 17, MENARA YAYASAN SELANGOR
NO. 18A, PERSIARAN BARAT
46000 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN

WAKTU OPERASI PEJABAT:
8.30 PAGI HINGGA 4.30 PETANG (ISNIN-KHAMIS)
8.30 PAGI HINGGA 12.15 TENGAH HARI / 2.45 PETANG HINGGA 4.30 PETANG (JUMAAT)
SABTU/AHAD DAN CUTI UMUM ADALAH DI TUTUP
TELEFON: 03-7669 1100 SAMB. 237/188/162
FAKSIMILI: 03-7954 1862 / 03-7954 1790

                                                                                                                          

HUBUNGI KAMI

+603-7669 1100

DIREKTORI

HIGHLIGHTS

BERITA TERKINI

View More
Yayasan Selangor
ms_MY