TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR

PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH   BAGI TAHUN SESI # 1 2018/2019

 

Yayasan Selangor membuka Tawaran Pinjaman Pelajaran kepada  pelajar-pelajar lepasan, SPM,STPM, Asasi, Matrikulasi dan Diploma untuk menyambung pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah dengan syarat-syarat dan kelayakan  seperti berikut :-

Kelayakan pemohon  :

  1. Pemohon  merupakan   pelajar – pelajar   lepasan  SPM, STPM, Asasi, Matrikulasi dan Diploma dan  keutamaan  diberikan kepada anak-anak Tajaan Yayasan Selangor.
  2. Pemohon mestilah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di dalam Negara di institusi  Pengajian  Tinggi  Awam  (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terpilih sahaja
  3. Pemohon atau ibubapa pemohon mesti dilahirkan di Negeri Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan sebelum 01 Februari 1974 atau telah bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 10 tahun.
  4. Pemohon tidak menerima sebarang Pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan dari mana-mana organisasi dalam atau Luar Negara
  5. Pengajian yang ditawarkan kepada pemohon mesti berstatus pengajian SEPENUH MASA sahaja. (Pengajian secara jarak jauh (PJJ) / luar kampus (PLK) tidak layak memohon).

Cara memohon  :     

  1. Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor BPPYS-01 Borang PP-1 (Pindaan 1/2018)  yang boleh diperolehi di Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor atau dengan melayari laman web rasmi Yayasan Selangor :                                (http//www.yayasanselangor.org.my)
  2. Borang permohonan  hendaklah diisi dengan lengkap mengikut panduan yang telah disediakan. Kegagalan pemohon melengkapkan butir-butir yang dikehendaki tidak akan diterima. 
  3. Borang   permohonan   yang   telah   diisi   dengan   lengkap mendapatkan pengesahan daripada pihak-pihak yang berkaitan di ruangan yang telah disediakan.
  4. Borang yang telah lengkap diisi dan dilampirkan dengan salinan dokumen yang  diperlukan hendaklah di hantar ke Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor sebelum 30 JUN 2018. 
  5. Sebarang pertanyaan, pengambilan dan penyerahan borang adalah seperti di alamat   berikut:-

 

Pengurus Pembiayaan Pendidikan
Yayasan Selangor
Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor
No.18A, Persiaran Barat
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-7955 1212  samb. 237/188/162/237
Faks: 03-7954 1862

 

MUAT TURUN BORANG DI SINI ;

BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARANBORANG PENGESAHAN BERMASTAUTIN | BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN

2018-06-20T08:02:10+08:00
Yayasan Selangor
ms_MY