VISI, MISI, MOTTO 2018-02-19T07:21:44+00:00

PROFIL KORPORAT

Yayasan Selangor telah ditubuhkan pada 5 November 1970 di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (Company Limited By Guarantee) tanpa modal saham.

Tujuan penubuhan Yayasan Selangor adalah untuk memberi galakan dan bantuan pendidikan kepada rakyat negeri Selangor khasnya kepada mereka yang kurang berkemampuan tetapi berpotensi.

Sehingga kini, Yayasan Selangor terus konsisten mengekalkan tradisinya membangunkan sumber manusia di negeri Selangor melalui program-program pendidikan anjurannya.

FALSAFAH KORPORAT

“Sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri Selangor yang dinamik dan bertanggungjawab khususnya dalam bidang pendidikan, Yayasan Selangor sentiasa berusaha untuk terus maju dan memakmurkan Negeri Selangor menerusi pembangunan program pendidikan sepanjang hayat serta kegiatan yang memberi faedah kepada semua lapisan masyarakat khususnya di Negeri Selangor dan Negara amnya, di samping menyumbang ke arah pembentukan masyarakat yang mempunyai keseimbangan aspek fizikal dan rohani.

Sebagai memenuhi tanggungjawab sosial, falsafah korporat Yayasan Selangor bermottokan
“MERAKYATKAN PENDIDIKAN SELANGOR”.

HUBUNGI KAMI

+603-7955 1212
atau
+603-7654 1121

DIREKTORI

HIGHLIGHTS

BERITA TERKINI

View More