RANCANGAN KHAS PENDIDIKAN YAYASAN SELANGOR 2024-01-22T11:27:50+08:00

RANCANGAN KHAS PENDIDIKAN YAYASAN SELANGOR

Tarikh Permohonan Dibuka     :      03 Januari 2024
Tarikh Permohonan Ditutup     :      15 Januari 2024
Tarikh Akhir Hantar Dokumen :      26 Januari 2024

KAEDAH PERMOHONAN

1. Mengisi Borang Permohonan (ATAS TALIAN) Kemasukan Ke Tingkatan 1 Tahun 2024 dengan lengkap.
2. Cetak borang yang telah diisi dengan lengkap. Hantar borang yang telah dicetak beserta salinan dokumen yang diperlukan ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar Yayasan Selangor melalui pos atau serahan tangan sebelum atau pada 26 Januari 2024
3. Dokumen yang diperlukan:

  • Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan Bapa / Penjaga –1 salinan
  • Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) – 1 salinan    
  • Sijil Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Ko Kurikulum (PAJSK) sekiranya ada – 1 salinan
  • Sijil Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) sekiranya ada – 1 salinan
  • Salinan Slip Gaji Ibu dan Bapa. – 1 salinan . Bagi ibu atau bapa yang tidak mempunyai slip gaji, sila isi borang pengesahan pendapatan (borang pengesahan pendapatan boleh diperolehi di laman sesawang Yayasan Selangor)
  • Sijil kelahiran pemohon, ibu dan bapa – 1 salinan. Bagi pemohon ATAU ibu ATAU bapa yang tidak lahir di Negeri Selangor perlu mengisi Borang Pengesahan Pemastautin (borang pengesahan Pemastautin boleh diperolehi di laman sesawang Yayasan Selangor).
  • Sijil Kematian (bagi pemohon yang mempunyai ibu/bapa yang telah meninggal dunia) – 1 salinan
  • Sijil Perceraian (bagi pemohon yang mempunyai ibu/bapa yang telah bercerai) – 1 salinan

# Sila pastikan semua dokumen telah disediakan dengan lengkap dan disahkan*.

4. Keputusan permohonan boleh dirujuk menerusi laman sesawang Yayasan Selangor selewat-lewatnya dua minggu sebelum sesi persekolahan 2024 bermula.

5.Mengisi Rayuan sekiranya Tidak Berjaya mendapat tawaran namun masih berminat untuk mendapat penempatan

Nota penting: Pengesahan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan danProfesional)/ Penghulu/ Pengerusi MPKK/ Ketua Kampung / Nazir Masjid dan yang setaraf dengannya.

# Borang Permohonan Yang Tidak Lengkap tidak akan diproses

KRITERIA KELAYAKAN PERMOHONAN :

  1. Mendapat sekurang-kurangnya TP 3 untuk semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 6 sekolah rendah.
  2. Bersekolah di sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia atau sekolah swasta yang berdaftar di Kementerian Pendidikan Malaysia (keutamaan untuk murid luar bandar)
  3. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun (pemastautin mesti mengisi Borang Pengesahan Pemastautin).
  4. Pemohon dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi bilangan isi rumah) kurang RM2000.00 sebulan.
  5. Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia

ASRAMA / SEKOLAH PILIHAN :

  • Asrama Pusat Yayasan Selangor
  • Asrama Daerah Yayasan Selangor
  • Tanpa Asrama / Berulang Dari Rumah

ASRAMA PUSAT YAYASAN SELANGOR

  • Asrama Pusat Yayasan Selangor adalah asrama di bawah Pengurusan Yayasan Selangor sepenuhnya.
  • Murid akan bersekolah di sekolah-sekolah terpilih di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).
  • Terdapat 2 buah Asrama Pusat yang berada di bawah Pengurusan Yayasan Selangor iaitu:

Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB)
Asrama Yayasan Selangor Klang (AYSK)

Penempatan Murid Asrama Pusat
Murid akan bersekolah di salah sebuah sekolah berikut berdasarkan kriteria-kriteria tertentu yang ditetapkan oleh JPNS dan Yayasan Selangor iaitu :

ASRAMA PUSAT NAMA SEKOLAH JANTINA
AYSSB SMK Ungku Aziz
SMK Seri Bedena
Lelaki
Lelaki
AYSK SMK Tinggi Klang
SMK Tengku Ampuan Rahimah
SMK (P) Methodist Klang
SMK  Convent Klang
SMK Methodist ACS, Klang
SMK (P) Bukit Kuda
Lelaki
Lelaki / Perempuan
Perempuan
Perempuan
Lelaki
Perempuan

ASRAMA DAERAH YAYASAN SELANGOR

  • Asrama Daerah Yayasan Selangor adalah asrama harian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang diberikan kuota untuk menempatkan para pelajar Yayasan Selangor.
  • Asrama Daerah Yayasan Selangor terletak di Negeri Selangor dan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Asrama Daerah yang terletak di Negeri Selangor adalah di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), manakala Asrama Daerah yang terletak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP).
  • Murid tajaan ini tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan Yayasan Selangor:
DAERAH NAMA SEKOLAH JANTINA
SABAK BERNAM SMK Ungku Aziz
SMK Sungai Besar
SMK Dato’ Mustaffa
Perempuan
Lelaki / Perempuan
Perempuan
KUALA SELANGOR SMK Dato’ Harun
SMK Pengkalan Permatang
Lelaki / Perempuan
Lelaki / Perempuan
HULU SELANGOR SMK Kuala Kubu Bharu Lelaki / Perempuan
PETALING SMK Damansara Utama (DLP)
SMK Shah Alam
Lelaki / Perempuan
Lelaki / Perempuan
HULU LANGAT SMK Tinggi Kajang
SMK Sultan Abdul Aziz Shah
Kajang SMK Jalan Tiga (Kelas Aliran Agama)
Lelaki
Lelaki / Perempuan
Lelaki / Perempuan
KUALA LANGAT SMK Banting
SMK Bukit Changgang
SMK Telok Panglima Garang
Lelaki / Perempuan
Lelaki / Perempuan
Lelaki / Perempuan
SEPANG SMK Seri Sepang Lelaki / Perempuan


ASRAMA DAERAH DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR TERDIRI DARIPADA :

NAMA SEKOLAH Jantina
SMK Aminuddin Baki Perempuan

TANPA ASRAMA / BERULANG DARI RUMAH

  • Murid tajaan akan bersekolah di sekolah-sekolah terpilih di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP).
  • Murid berulang alik ke sekolah dari rumah masing-masing.
  • Murid akan ditempatkan di salah sebuah sekolah berikut

NEGERI NAMA SEKOLAH JANTINA
SELANGOR SMK (P) Sri Aman
SMK (P) Assunta
SMK (L) Bukit Bintang
Perempuan
Perempuan
Lelaki
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

SMK Aminuddin Baki
SMK Sentul Utama
SMK (P) Bandaraya
SMK (P) Jalan Ipoh
VICTORIA Institution

Lelaki
Lelaki / Perempuan
Perempuan
Perempuan
Lelaki

BORANG :

1) Manual Permohonan RKPYS
2) Borang Permohonan RKPYS /  Semakan Borang RKPYS

3) Borang Pengesahan Pemastautin

4) Borang Pengesahan Pendapatan

HUBUNGI KAMI:

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Yayasan Selangor
Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor,
No. 18A, Persiaran Barat,
46000 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-7669 1218 / 1158 / 1177 / 1150 / 1141
Faks: 03-7954 1790 / 1862

Sebarang Pertanyaan sila hubungi nombor telefon yang tertera diatas:-

Waktu Urusan:
9.00 pagi – 5.00 petang
(Isnin – Khamis)

 

SOALAN LAZIM RKPYS 2022-01-31T14:49:02+08:00

Pengambilan Murid Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Yayasan Selangor

  1. Di manakah saya boleh dapatkan Borang Permohonan?
    • Borang Permohonan boleh didapati di laman sesawang Yayasan Selangor
  2. Bilakah tarikh permohonan ini dibuka dan ditutup?
    • Permohonan ini akan dibuka bermula 25 Januari 2022 dan ditutup pada 11 Februari 2022
  3. Bagaimanakah kaedah permohonan?
    • Mengisi Borang Permohonan (ATAS TALIAN)  Kemasukan Ke Tingkatan 1 Tahun 2022  dan Mencetak borang permohonan atas talian yang telah lengkap dan menghantar beserta dengan dokumen yang diperlukan ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar melalui serahan tangan atau melalui pos sebelum atau pada 11 Februari 2022
  4. Saya dan suami tidak lahir di Selangor, tetapi anak saya adalah kelahiran Selangor , adakah layak untuk memohon?
    • Layak , permohonan adalah tertakluk kepada samada pemohon atau ibu atau bapa adalah kelahiran Selangor.
  5. Kami sekeluarga bukan kelahiran Selangor, adakah layak untuk memohon?
    • Layak, sekiranya pemohon atau ibu atau bapa telah bermastautin di Negeri Selangor lebih 10 tahun. Pemohon perlu melampirkan pengesahan pemastautin yang telah disahkan oleh Ketua Kampung/ Pengerusi JK Penduduk/ Taman. Borang pengesahan pemastautin boleh didapati di laman sesawang Yayasan Selangor.
  6. Apakah kelebihan yang disediakan oleh Yayasan Selangor untuk murid tajaan?
    • Murid yang ditaja oleh Yayasan Selangor akan menikmati kemudahan berikut:-
      • Biasiswa (kepada murid yang layak)
      • Kelas Bimbingan
      • Program Kecemerlangan Akademik
      • Program Pembangunan Kendiri
      • Pemantauan Berterusan

HUBUNGI KAMI

+603-7669 1100

DIREKTORI

HIGHLIGHTS

BERITA TERKINI

View More
Yayasan Selangor
ms_MY