TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR
PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH BAGI TAHUN SESI # 1 2018/2019
Yayasan Selangor membuka Tawaran Pinjaman Pelajaran kepada pelajar-pelajar lepasan, SPM,STPM, Asasi, Matrikulasi dan Diploma untuk menyambung pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah dengan syarat-syarat dan kelayakan seperti berikut :-
Kelayakan pemohon :
- Pemohon merupakan pelajar – pelajar lepasan SPM, STPM, Asasi, Matrikulasi dan Diploma dan keutamaan diberikan kepada anak-anak Tajaan Yayasan Selangor.
- Pemohon mestilah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di dalam Negara di institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terpilih sahaja
- Pemohon atau ibubapa pemohon mesti dilahirkan di Negeri Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan sebelum 01 Februari 1974 atau telah bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 10 tahun.
- Pemohon tidak menerima sebarang Pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan dari mana-mana organisasi dalam atau Luar Negara
- Pengajian yang ditawarkan kepada pemohon mesti berstatus pengajian SEPENUH MASA sahaja. (Pengajian secara jarak jauh (PJJ) / luar kampus (PLK) tidak layak memohon).
Cara memohon :
- Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Selangor BPPYS-01 Borang PP-1 (Pindaan 1/2018) yang boleh diperolehi di Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor atau dengan melayari laman web rasmi Yayasan Selangor : (http//www.yayasanselangor.org.my)
- Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap mengikut panduan yang telah disediakan. Kegagalan pemohon melengkapkan butir-butir yang dikehendaki tidak akan diterima.
- Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap mendapatkan pengesahan daripada pihak-pihak yang berkaitan di ruangan yang telah disediakan.
- Borang yang telah lengkap diisi dan dilampirkan dengan salinan dokumen yang diperlukan hendaklah di hantar ke Bahagian Pembiayaan Pendidikan Yayasan Selangor sebelum 30 JUN 2018.
- Sebarang pertanyaan, pengambilan dan penyerahan borang adalah seperti di alamat berikut:-
Pengurus Pembiayaan Pendidikan
Yayasan Selangor
Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor
No.18A, Persiaran Barat
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-7955 1212 samb. 237/188/162/237
Faks: 03-7954 1862
MUAT TURUN BORANG DI SINI ;
BORANG PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN | BORANG PENGESAHAN BERMASTAUTIN | BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN