VISI, MISI, MOTTO 2023-05-29T09:59:12+08:00

PROFIL KORPORAT

Yayasan Selangor telah ditubuhkan pada 5 November 1970 di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (Company Limited By Guarantee) tanpa modal saham.

Tujuan penubuhan Yayasan Selangor adalah untuk memberi galakan dan bantuan pendidikan kepada rakyat negeri Selangor khasnya kepada mereka yang kurang berkemampuan tetapi berpotensi.

Sehingga kini, Yayasan Selangor terus konsisten mengekalkan tradisinya membangunkan sumber manusia di negeri Selangor melalui program-program pendidikan anjurannya.

FALSAFAH KORPORAT

Yayasan Selangor bertanggungjawab dalam bidang pendidikan dan berusaha untuk terus maju serta memakmurkan Negeri Selangor menerusi pembangunan program pendidikan sepanjang hayat dan kegiatan yang memberi faedah kepada semua lapisan masyarakat khususnya di Negeri Selangor dan Negara Amnya, disamping menyumbang ke arah pembentukan masyarakat yang mempunyai keseimbangan aspek fizikal dan rohani.

HUBUNGI KAMI

+603-7669 1100

DIREKTORI

HIGHLIGHTS

BERITA TERKINI

View More
Yayasan Selangor
ms_MY